Thursday, August 13, 2009

Mengingati Kematian...



Ganggulah kesenangan-kesenangan kamu dengan mengingati kematian , agar keasyikan kamu kpd duniawi itu membawa hati kamu kepada Allah lalu menghadapnya dgn penuh rasa takut..

"Perbanyakan mengingati kematian sebab yg demikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia.." (HR : Ibnu Abdiddunya)

Aisyah bertanya kpd Nabi saw : " Wahai Rasullullah, adakah ada org yg dimakhsyar bersama para syuhada?" Beliau bersabda : " Memang ada, iaitu org yg mengingati mati dalam sehari semalam 20 kali.."

Pada 13/08/09..kt dikejutkan dgn berita kematian Arwahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan nasyid Rabbani. Permegiannya sukar diterima..namun, ini semua ketentuan Allah..Saya sering melayari facebook Arwah..Menanyakan perkembangan & kesihatan Arwah..Tapi kini..tiada facebook Arwah senyap sunyi..Tiada maklum balas..Rasa sebak yg teramat..Moga-moga Arwah ditempat dikalangan org2 yg beriman..Amen..

Semenjak 2,3bulan ni, kt sering mendengar berita kematian mengejut..Entah esok lusa kt salah seorangnya???Sapa yg tau..Segalanya terletak pada takdirNya..Sejurus itu..saya mengajak kt semua mengingati kematian..Kematian adalah satu pengakhiran dalam kehidupan. Namun Bagi Allah, kematian adalah satu pertemuan dengan hambaNya. Manusia yg hidupnya beramal soleh akan menerima balasan kenikmatan di akhirat, begitulah sebaliknya kepada yg banyak membuat jahat..

Firman Allah SWT :
"Tiap-tiap yg bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pd hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kkemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi org2 yg terpedaya"

Kematian merupakan satu peristiwa penting yg pasti ditempuhi oleh setiap insan yg memenuhi permukaan bumi yg fana ini.Ia merupakan jambatan yg menghubungkan diantara duakehidupan iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. sbg makhluk baru yg diciptakan oleh Al Khalik dipermukaan bumi inisudah pastinyaakan mengalami peristiwa kematian dalam apa jua situasi, masa dan keadaan, samada dlm keadaan sihat walafiat atau sakit, muda ataupun tua, kaya ataupun miskin, rakyat ataupun pemimpin. Tiada siapa yg mampu lari dan kematian ini sebagaimana firman Allah swt didlm Surah An Nisa 78: " Dimana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu(bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dlm benteng2 yg tinggi lagi kukuh".

No comments:

Post a Comment