Friday, August 21, 2009

TanPa Mu Ya Allah...

Resah..
Yang Ku Ubah Dalam Kata..

Melukiskan Kesunyian...
Tanpa EngKau..
Aku Tak Mengerti..
Meski Bagi Itu Punya Takdir..

Akan Sunyi TanpaMu...

Menemani Aku..

Sepi...

Tanpa...

CintaMu Aku Resah...
Tanpa...
KasihMu Aku Hampa..
Tanpa...
DiriMu Aku Mati..
Tanpa..
CintaMu Aku Resah..

Tanpa..
KasihMu Aku Hampa..

Tanpa....
DiriMu Aku Mati..
Kini...

Benar..Benar Ku Rasakan..

Dalam Peluk Hatiku....
Aku Tak Mengerti..

Takut...Takut Jauh Dari DiriMu..
Dan Kau Tinggalkan Aku Sendiri..
TanpaMu Aku Mati..



*TanpaMu Ya Allah...

Aku Mati...

Friday, August 14, 2009

Kenali Seorang Wanita / Perempuan...




Apa pun istilah perkataan samada sebutan yg berkaitan perempuan, wanita, girl, isteri, zaujah, nisa dan sebagainya, kami diciptakan oleh Allah sebagai penyeri dunia..Melengkapi kehidupan lelaki..Di dalam Islam, kami menikmati kedudukan yg terhormat dan mulia dimana didlm ertikata yg sebenarnya lebih tinggi dari kedudukan kaum lelaki.
Kami (perempuan) secara fizikalnya lebih lemah dari kaum lelaki, kerana kami (wanita) tidak dapat melindungi diri kami dgn kekuatan kami sendiri. Fitrah telah mengkuniakan kpd kami dua ciri
Kedegilan dan Rasa Malu yg merupakan dua senjata ampuh yg digunakan utk memelihara diri.Tapi kami jg dikurniakan perasaan yg sangat2 sensetif, (mudah terasa & mudah menangis)serta sangat2 setia pada pasangannya... Anda(lelaki) biasa mendengar pepatah "Jaga lembu sekandang lebih baik dari menjaga seorg anak perempuan". Betapa susahnya menjaga kami..Namun kami jglah yg menjaganya..Jika salah mendidik lelaki sering menyalahkan kami..Betapa sukarnya menjadi kami(perempuan). Namun kami redha, betapa sukarnya kami tetap menghadapinya kerana kami tahu Allah telah menetapkan syurga kepada kami..Untuk menjadi perempuan yg normal kami perlu menghadapi kedatangan haid..Pada mulanya betapa sukar utk melalui hari yg........(faham-faham ler)sakit yg teramat sukar nak gambarkan..Seminggu sebelum kedatangan haid sudah mula merasa..Apabila tiba harinya lagi bertambah sakit..Boleh terguling-guling di katil..Sehari duduk didlm bilik menanggung sakitnya..Kedatangan haid paling kurang 7 hari paling lama 16hari..Ada pula yg kedatangan haid yg kerap 1bulan 2kali..Dan ada pula yg 2,3 bulan sekali jer datang haid..Kalau tidak mengikut peraturan sakit lain pula yg dapat..Wallahualam..Hanya Allah yg mengetahui..Jikalau kedatangan haid..waspadalah lelaki(suami)mood kami(perempuan) sering berubah-ubah..Perkara yg paling kami bahagia apabila saat menjadi ibu iaitu mengandung 9bulan..Perasaan yg sukar digambarkan.Cuba bayangkan jika 1bulan persamaan 1 batu bata(membuat rumah)..9bulan???kiralah..Cuba anda (lelaki)membawanya..Boleh???erm xpa..Renung-renungkanlah..Bukan itu sahaja pelbagai emosi,tekanan,perubahan sikap yg dihadapi oleh kami(perempuan) itu tidak tercampur waktu hendak mengeluarkan bayi..MasyaAllah..hanyalah Allah sahaja yg memahaminya serta mengetahuinya. Tidak dinafikan kami (perempuan) suka membebel,berleter,suka bergosip, menyebok, mengumpat dan sebagainya yg menyebabkan lelaki berasa bohsan tapi lelaki perlu ingat bahawa lelaki pun apa kurangnya malah lebih teruk/buruk perangai jika anda(lelaki) perasan..Apapun semua itu sinonim dgn perempuan. Itu sebabnya lelaki perlu membimbing kami(perempuan). Kekadang kami ini perlu dibelai, dimanja oleh seseorang lelaki(suami). Kami tidak mahu byk perhatian tetapi sekadar mengingati kami dan bertanyakan khabar.. Tetapi ada jg perempuan(kami) yg boleh berdikari dgn sendirinyatanpa bantuan lelaki dan tidak hairan tentang kewujudan lelaki tp walaupun begitu jauh hati kami(perempuan) ini diberi ruang sedikit utk lelaki yg benar2 menghargai serta mengambil hati. Punca kami bersikap begitu kerana telah berasa hampa hati, punah harapan dgn sikap lelaki..Untuk pengetahuan lelaki, kami(perempuan) setia pada pasangannya.. Walaupun putus dan dipermainkan serta bertepuk sebelah tangan, namun kami akan sentiasa mendoakan kebahagian insan yg dicintainya. Walaupun sakit menghadapinya serta lebur,hancur dan tertanam niat utk menghancurkannya tp jauh disudut hati kami tidak mahu melihat kehancuran serta masih mengkasihani org yg dicintainya. sentiasa mendoakan kebahagian mereka..Amatlah beruntung dan bahagianya mendapat lelaki(suami) yg memahami, yg benar2 utk mengawini, seorg yg beriman, tidak baran dan patut pada Allah. Alangkah takutnya jika bertentangan dgn semua itu. Mudah2an semua perempuan didunia ini mendapat lelaki sebaik-baiknya. Perempuan sgt2 suka berahsia. Mereka jg mudah tersinggung tidak mudah mempamerkan kesengsaraan yg dihadapinya. Jika mereka ketawa/tersenyum lihat pada matanya, tergambar 1001 persoalan. Lelaki yg betul2 memahami perempuan adalah amat2 dinantikan kami..Kami jg sukar untuk menerima kenyataan . Ada jg diantara kami ini pendendam tp tidak sampai hati utk melaksanakanya. Kami jg sering menangis. Bagi kami menangis itu membuatkan kami berasa sgt lega. Ada diantara kami jg apabila kecewa, kami sudah tidak mempunyai perasaan, malah kepercayaan kami terus hilang dan sentiasa berjaga-jaga. Jagalah hati kami(perempuan) sebaik mgkin. Kasihanilah kami..Jangan mempergunakan/mempermainkan/meletakan kemarahan kpd kami, Kami perlu dibimbing dan dijaga serta diasuh dgn betul.. Jagalah amanah Allah. Jgn meletakkan kami keneraka, tariklah kami perlahan2kerana hati kami sangat lembut.. Selamilah hati kami. Kami memerlukan kekuatan dari seorang lelaki. Jgn di ingati masa silam kami, kerana itu akan merosakkan masa depan kami..Jgn biarkan kami menangis sendirian..Sayangilah kami seperti Allah menyayangi kami..
Ikhlas dari Zara..

Thursday, August 13, 2009

Mengingati Kematian...



Ganggulah kesenangan-kesenangan kamu dengan mengingati kematian , agar keasyikan kamu kpd duniawi itu membawa hati kamu kepada Allah lalu menghadapnya dgn penuh rasa takut..

"Perbanyakan mengingati kematian sebab yg demikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia.." (HR : Ibnu Abdiddunya)

Aisyah bertanya kpd Nabi saw : " Wahai Rasullullah, adakah ada org yg dimakhsyar bersama para syuhada?" Beliau bersabda : " Memang ada, iaitu org yg mengingati mati dalam sehari semalam 20 kali.."

Pada 13/08/09..kt dikejutkan dgn berita kematian Arwahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan nasyid Rabbani. Permegiannya sukar diterima..namun, ini semua ketentuan Allah..Saya sering melayari facebook Arwah..Menanyakan perkembangan & kesihatan Arwah..Tapi kini..tiada facebook Arwah senyap sunyi..Tiada maklum balas..Rasa sebak yg teramat..Moga-moga Arwah ditempat dikalangan org2 yg beriman..Amen..

Semenjak 2,3bulan ni, kt sering mendengar berita kematian mengejut..Entah esok lusa kt salah seorangnya???Sapa yg tau..Segalanya terletak pada takdirNya..Sejurus itu..saya mengajak kt semua mengingati kematian..Kematian adalah satu pengakhiran dalam kehidupan. Namun Bagi Allah, kematian adalah satu pertemuan dengan hambaNya. Manusia yg hidupnya beramal soleh akan menerima balasan kenikmatan di akhirat, begitulah sebaliknya kepada yg banyak membuat jahat..

Firman Allah SWT :
"Tiap-tiap yg bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pd hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kkemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi org2 yg terpedaya"

Kematian merupakan satu peristiwa penting yg pasti ditempuhi oleh setiap insan yg memenuhi permukaan bumi yg fana ini.Ia merupakan jambatan yg menghubungkan diantara duakehidupan iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. sbg makhluk baru yg diciptakan oleh Al Khalik dipermukaan bumi inisudah pastinyaakan mengalami peristiwa kematian dalam apa jua situasi, masa dan keadaan, samada dlm keadaan sihat walafiat atau sakit, muda ataupun tua, kaya ataupun miskin, rakyat ataupun pemimpin. Tiada siapa yg mampu lari dan kematian ini sebagaimana firman Allah swt didlm Surah An Nisa 78: " Dimana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu(bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dlm benteng2 yg tinggi lagi kukuh".

Empat Golongan Yang Di Redhai Allah..


Firman Allah di dalam Surah an-Nisa' 4: 69: "
Dan sesiapa yg taat kpd Allah dan RasulNya, maka mereka akan (disamakan di syurga) dengan orang-orang yg telah dikurniakan nikmat Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang sidiqin, dan orang-orang yg mati syahid serta orang-orang yg soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan(kepada orang-orang yg taat)

Maksud Ayat :

1. Siddiqin : ialah orang-orang yg amat benar dalam imanya, bagaimana zahirnya begitulah batinya...
2. Orang yg selalu menerimadan membenarkan segala apa yg diperintahkan Tuhan, dengan yakin, percaya dan jujur , tidak pernah berbelah hati dan tidak pernah ragu..

Dengan penjelasan ayat di atas ternyata hanya 4 golongan sahaja yg diredhai Allah. Apakah keistimewaan mereka??

a) Nabi - Insan pilihan Allah dan mereka ini Maksum
b) Siddiqin - sebagaimana yg telah dijelaskan.
c) Syuhada - Golongan yg telah memberi kesaksian atas kebenaran agama Allah dan berkorban dengan segala yg ada pada mereka
d) Solehin - Orang-orang yg baik jiwa dan amalnya serta sentiasa melaksanakan dan memelihara ajaran agama Allah, segera memohon ampun kepada Allah sekiranya mereka terlanjur melakukan kesalahan dan dosa.

Wednesday, August 12, 2009

MARWAH as-SYARBINI



Marwah as Syabini yg merupakan seorang ahli farmasi yg berkelulusan PhD dalam bidang berkenaan mengambil cuti rasmi kerana mengikuti suaminya Alwi Ali Ukkaz yg menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah universiti di Berlin, Jerman. Pemergian mereka ke Jerman utk mengarap ilmu pengetahuan walau drpd 'non-muslim' dianggap sebagai salah satu perjalanan yg diredhai Allah SWT, kerana baginda s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadis yg bermaksud " Hikmah (ilmu pengetahuan) itu kadang-kadang tidak ada pada org islam, dimana sahaja mereka boleh memperolehinya maka mereka berhak mendapatkannya (walaupun drpd org bukan Islam).'' Mereka berada di Jerman adalah utk urusan ibadat kpd Allah kerana dgn penarapan ilmu kejuruteraan yg terkadang-kadang tidak dikuasai oleh org Islam ditempat sendiri, maka ia menjadi fardhu kifayah yg mesti disampaikan apabila pulang kepangkuan masyarakat kelak. Ia disandarkan kpd firman Allah Swt menerusi ayat 122 surah Al-Taubah yg bermaksud: " Dan tidaklah (betul & elok) org2 yg beriman keluar semuanya (pergi berperang)oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja drpd tiap2 puak diantara mereka, supaya org2 (yg tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yg dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya ( yg keluar berjuang) apabila org2 itu kembali kpd mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga - jaga (drpd melakukan larangan Allah). Isu pembunuhan Muslimah yg bertudung kepala , Marwah as-Syarbini di mahkamah Jerman kerana mempertahankan maruah serta harga dirinya apabila dihina kerana berpakain muslimah oleh seorg 'lelaki gila' berbangsa Jerman, menjadi riwayat hidupnya yg terakhir di negara asing apabila kes saman malunya menjadi tragedi apabila beliau ditikam sebanyak 8 kali dan rebah walaupun disambut suaminya Ali dan anaknya 4 thn yg trauma hingga keakhir ini.Marwah ditikam diruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yg kerap menyebutnya "teroris'' hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah yg berasal dari Mesir itu.Disaat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yg berusaha melindungi isterinya terkena tembakan. Marwah yg mengandungkan anak kedua berusia 2 bulan mati bersama-sama zuriat dalam kandungan, suaminya pula ditembak oleh pasukan polis yg meluru masukdalam bangunan mahkamah yg sepatutnya lelaki Jerman gila itu yg ditembak, bukan suaminya. Kematian Marwah bukan saja disambut oleh saudara mara Muslim di Mesir malah di kebanyakan negara Eropah dgn pelbagai reaksi dan respon yg mengkagumkan. Ia menunjukan Marwah tidak sendirian dalam mempertahankan kebenaran agama melalui pemakaiannya yg disifatkan Muslimah Sejati. Marwah telah menemui Allah SWT sebagai seorang Syahidah... Benarlah penjelasan Allah dalam Al Quran ayat 23 surah Al -Ahzab yg bermaksyd : 'Diantara org2 yg beriman itu, ada yg bersikap benar menunaikan apa yg telah dijanjikan kpd Allah (utk berjuang membela Islam) maka diantara mereka ada yg telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan diantaranya ada yg menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yg mereka janjikan itu)sedikit pun.'' Mudah-mudahan tragedi Marwah akan membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa pemakaian tudung kepala bukanya satu ekstrim dan mati utk mempertahankanya jg bkn satu tindakan yg ekstrim jg, tetapi yg dikatakan ekstrim adalah mereka yg dikatakan tidak berpakaian menurut tuntutan ajaran Islam dan menuding kepala Muslimat yg bertudung kepala sbgai pakaian yg menghalang kemajuan..