

Marwah as Syabini yg merupakan seorang ahli farmasi yg berkelulusan PhD dalam bidang berkenaan mengambil cuti rasmi kerana mengikuti suaminya Alwi Ali Ukkaz yg menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah universiti di Berlin, Jerman. Pemergian mereka ke Jerman utk mengarap ilmu pengetahuan walau drpd 'non-muslim' dianggap sebagai salah satu perjalanan yg diredhai Allah SWT, kerana baginda s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadis yg bermaksud "
Hikmah (ilmu pengetahuan) itu kadang-kadang tidak ada pada org islam, dimana sahaja mereka boleh memperolehinya maka mereka berhak mendapatkannya (walaupun drpd org bukan Islam).'' Mereka berada di Jerman adalah utk urusan ibadat kpd Allah kerana dgn penarapan ilmu kejuruteraan yg terkadang-kadang tidak dikuasai oleh org Islam ditempat sendiri, maka ia menjadi fardhu kifayah yg mesti disampaikan apabila pulang kepangkuan masyarakat kelak. Ia disandarkan kpd firman Allah Swt menerusi ayat 122 surah Al-Taubah yg bermaksud: " Dan tidaklah (betul & elok) org2 yg beriman keluar semuanya (pergi berperang)oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja drpd tiap2 puak diantara mereka, supaya org2 (yg tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yg dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya ( yg keluar berjuang) apabila org2 itu kembali kpd mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga - jaga (drpd melakukan larangan Allah). Isu pembunuhan Muslimah yg bertudung kepala , Marwah as-Syarbini di mahkamah Jerman kerana mempertahankan maruah serta harga dirinya apabila dihina kerana berpakain muslimah oleh seorg 'lelaki gila' berbangsa Jerman, menjadi riwayat hidupnya yg terakhir di negara asing apabila kes saman malunya menjadi tragedi apabila beliau ditikam sebanyak 8 kali dan rebah walaupun disambut suaminya Ali dan anaknya 4 thn yg trauma hingga keakhir ini.Marwah ditikam diruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yg kerap menyebutnya "teroris'' hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah yg berasal dari Mesir itu.Disaat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yg berusaha melindungi isterinya terkena tembakan. Marwah yg mengandungkan anak kedua berusia 2 bulan mati bersama-sama zuriat dalam kandungan, suaminya pula ditembak oleh pasukan polis yg meluru masukdalam bangunan mahkamah yg sepatutnya lelaki Jerman gila itu yg ditembak, bukan suaminya. Kematian Marwah bukan saja disambut oleh saudara mara Muslim di Mesir malah di kebanyakan negara Eropah dgn pelbagai reaksi dan respon yg mengkagumkan. Ia menunjukan Marwah tidak sendirian dalam mempertahankan kebenaran agama melalui pemakaiannya yg disifatkan Muslimah Sejati. Marwah telah menemui Allah SWT sebagai seorang Syahidah... Benarlah penjelasan Allah dalam Al Quran ayat 23 surah Al -Ahzab yg bermaksyd : 'Diantara org2 yg beriman itu, ada yg bersikap benar menunaikan apa yg telah dijanjikan kpd Allah (utk berjuang membela Islam) maka diantara mereka ada yg telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan diantaranya ada yg menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yg mereka janjikan itu)sedikit pun.'' Mudah-mudahan tragedi Marwah akan membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa pemakaian tudung kepala bukanya satu ekstrim dan mati utk mempertahankanya jg bkn satu tindakan yg ekstrim jg, tetapi yg dikatakan ekstrim adalah mereka yg dikatakan tidak berpakaian menurut tuntutan ajaran Islam dan menuding kepala Muslimat yg bertudung kepala sbgai pakaian yg menghalang kemajuan..